Tuesday, March 11, 2008
♥ For yesterday's memories, today's love & tomorrow's dreams, I love you.
Tidak terlintas di fikiranku bahawa suatu hari ;
Akan diriku ini menjadi kekasihmu,
Apatah lagi bakal tunangmu.
Pertama kali kita bertemu ;
Dikau bukanlah jejaka idaman yang ku tercari selama ini.
Bagi diriku,
dikau hanya seorang lagi kawan yang telah daku mengenali.
Sungguh tak ku duga ;
Perbualan kita di telepon telah mengeratkan persahabatan kita,
Justeru membuat kita percaya kepada perhubungan dan percintaan.
Apabila kita menjadi kekasih ;
Peristiwa silam kita dibuka satu persatu.
Biarpun terluka dan terguris perasaan hati ;
Daku redha dan rela menerima segala pengakuan pahitmu itu,
Dan menyedari bahawa ‘sesungguhnya cinta itu perlu pengorbanan’.
Naluri seorang wanita begitu ______(i cant think of the word) ;
Hati & perasaannya boleh terganggu secara tiba-tiba.
Kadangkala, daku duduk seorangan dan bertanya pada diri sendiri,
“Mengapa dikau berkelakuan sebegitu? Mengapakah ianya semua terjadi?”
Namun ku tahu,
Semua itu tidak akan membantu.
Hati kecil ini mula berbisik,
“Dikau harus kuatkan semangatmu ;
Dikau harus tabah menghadapi kebenaran itu,
Dan rela menerima dirinya seadanya”.
Ku percaya seorang itu mampu berubah dan harapkan bahawa dikau juga telah dan ianya berkekalan hingga ke akhir nafas kita berdua.
Ada kalanya ;
Daku berasa begitu sukar untukku melupakan segala yang telah berlaku.
Biarpun begitu,
ku tetap berjanji kan setia di sampingmu setiap waktu.
Dikau mungkin bukan yang pertama bagiku dan sebagainya.
Namun jika tertulis dirimu untukku ;
Tiada apa dan siapa yang mampu merubah jalan hidup kita,
kecuali Allah dan diri kita sendiri.
Semoga kita menempuhi bahtera hidup ini dengan penuh kesabaran dan mencapai segala mimpi dalam hidup.
Semoga Allah merestui perhubungan ini.
Amin.
♥ "dah nak balek? tanak tunggu sampai kol 7?" - never thought one phrase could change our lives forever. ♥
Labels: Mrs Fad
2:25 PM